Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Tidak Pernah Solat Tetapi...

Thursday 30 October 2014

 



Wahai Sahabat-sahabatku yang baik . . Jangan lupa, disebalik kegembiraan yang kita kecapi ketika ini,timbulkan juga sedikit rasa ‘waspada’ . Adakah nikmat yang diberikan Allah ini benar-benar 1 anugerah yang dihulur Allah dengan penuh kasih sayang dan hidayah? Atau adakah 1 ‘istidraj’ yang dicampak Allah dengan penuh murka kerana ingin kita semakin hanyut dan jauh daripada petunjuk-Nya? Nauzubillah . . Semoga kita dijauhkan daripada sesuatu seperti itu . Justeru, Semaklah hati kita selalu.

” ingatlah Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” . (Al-Hadid 57: 22-23)

Shaykh Idris al Marbawi





Pengenalan

Shaykh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi memakai laqab al-Marbawi kerana ia berasal dari Lubok Merbau, Perak. Walaubagaimanapun, Shaykh tidak dilahirkan di Lubok Merbau sebaliknya di al-Masfalah, Makkah. Tokoh ini dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313 Hijriyyah bersamaan 10 Mei 1896 Masehi. Diriwayatkan keluarganya lama bermukim di Makkah sebelum pulang semula ke Tanah Melayu pada tahun 1913 Masehi.

Kembara ilmu

Ketika pulang ke Tanah Melayu, Shaykh telah pun berumur 17 tahun. Namun dengan himmahnya yang tinggi untuk menguasai semula bahasa ibunda, Shaykh memasuki Sekolah Melayu Lubok Merbau. Selanjutnya, Shaykh menajamkan pengetahuannya dalam bidang ilmu agama apabila merantau hampir ke seluruh Tanah Melayu untuk berguru dengan ulama-ulama besar pada ketika itu. Shaykh bermusafir ke Kuala Kangsar untuk menimba ilmu kepada Shaykh Wan Muhammad yang menjadi Penasihat Agama Sultan Perak pada ketika itu. Shaykh kemudiannya  merantau ke Kedah untuk berguru kepada Tuan Hussain Kedah. Shaykh juga sanggup menempuh perjalanan yang jauh menuju ke Kelantan untuk menadah kitab kepada ulama tersohor pada ketika itu iaitu Tok Kenali. Diriwayatkan Shaykh berjalan kaki mengikut denai-denai yang menjadi laluan gajah untuk sampai ke Kelantan. Dengan Tok Kenalilah, Shaykh Idris dikatakan banyak menimba ilmu. Selepas itu, beliau kembali ke negeri Perak dan bertugas sebagai guru agama.

Kembali ke Tanah Arab

Kesungguhan yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh Shaykh menyebabkan ayahandanya menyarankan kepada beliau agar kembali menyambung pengajian di Tanah Arab. Pada tahun 1924, Shaykh Idris kembali menjejakkan kaki ke Tanah Arab tetapi kali ini di Mesir. Di Mesir, ia menyambung pengajian di Universiti al Azhar dan berpeluang menimba ilmu kepada ulama-ulama hebat disana sepertiShaykh Muhammad Mustafa al-Maraghi yang merupakan Shaykhul Azhar pada ketika itu dan Shaykh Abu al-Fadl al-Gizawi. Ketika berada di Mesir, Shaykh Idris mendapati ramai pelajar Melayu lemah dalam Bahasa Arab. Bermula dari sinilah timbul idea untuk Shaykh menyusun sebuah kamus Arab-Melayu. Diriwayatkan Shaykh telah menyusun kamus tersebut bersama lima orang sahabatnya, antaranya ialah seperti Shaykh Junid Thala dan Shaykh Tahir Jalaluddin. Bagaimanapun, Shakyh akhirnya melakukan kerja menyusun kamus itu bersendirian apabila sahabat-sahabatnya tidak dapat turut serta sehingga akhir tugasan. Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal dengan nama 'Kamus al-Marbawi' itu berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan khususnya di kalangan pelajar Asia Tenggara. Menariknya, kamus tersebut menjadi pemangkin kemunculan berpuluh-puluh kamus yang menggunakan samada bahasa pengantar Arab-Indonesia ataupun Arab-Melayu. Kamus yang disusun oleh Shaykh itu mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak buat kali pertama oleh Matba'ah Mustafa al-Babiy al-Halaby Wa Awladihi di Mesir. Sehingga ke hari ini, ia masih lagi dicetak kerana wujud permintaan dari kalangan pembaca. Di Malaysia, kamus ini diterbitkan oleh Darul Nu’man dan Darulfikir. Walaupun memberi perhatian kepada penghasilan kamus sepenuh masa, Shaykh Idris tetap berjaya menyelesaikan pengajiannya dan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti berkenaan.


Penulisan

Selain menyusun kamus besar seperti dinyatakan di atas, Shaykh sebenarnya ada menghasilkan kamus kecil dalam bentuk saku seperti Qamoes-el-Djaib Arab-Melajoe Latin (Kamus Poket: Arab Malaya Latin), ringkasan Kamus Melayu-ArabBergambar dan Teladan Belajar Bahasa Arab yang senang serta Kamus Penuntut(Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011: 40) namun kamus-kamus kecil ini tidak tersebar secara meluas sebagaimana Kamus al-Marbawi yang merupakan karya terbesar beliau dalam bidang perkamusan. Shaykh Idris juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang tafsir dan hadith. Dalam bidang tafsir, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna. Manakala dalam bidang hadith, Shaykh telah menghasilkan dua buah kitab iaitu Bahr al-Mazi dan terjemahan Bulugh al-Maram. Kitab Bahr al-Mazi adalah merupakan ringkasan dan ulasan kepada kitab hadith Sunan al-Tirmizi. Walaupun ia merupakan ringkasan kepada Sunan al-Tirmizi namun karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya yang terdiri dari 22 jilid ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fiqh, aqidah, tasawwuf dan muamalat. Penerbitan keseluruhan kitab ini pada awalnya telah diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bermula pada tahun 1352 H/1933 M. Pada kata aluan jilid pertama, Shaykh Idris menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadith kepada Shaykh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadith yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyiduna Hussain di Kaherah, Mesir. Setiap kali Shaykh Idris pulang pulang ke rumah, ia terus mencatat nota pengajiannya sehingga tersusunlah kitab besar yang bernama Bahr al-Mazi tersebut. Penulisan kitab ini hampir-hampir tergendala jika tidak kerana kesungguhan Shaykh untuk menyelesaikannya. Diriwayatkan penulisan kitab ini tertangguh selama 15 tahun bermula ketika Perang Dunia Ke-2. Hanya pada tahun 1955, Shaykh kembali menyambung penulisan hinggalah berjaya menyiapkannya. Sementara kitab terjemahan Bulugh al-Maram adalah merupakan terjemahan atas kitab hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalani. Pada masa ini, terjemahan kitab ini ada diterbitkan oleh Penerbitan Jahabersa. Karya terjemahan yang berjumlah 782 halaman ini selesai dihasilkan pada hari Ahad, 17 Syawal 1383H bersamaan awal Mac 1964. Beliau mencatatkan dalam muqadimah karya ini bahawa beliau memberi ulasan terhadap lafaz-lafaz hadith Bulugh al-Maram dengan berpandukan kitab-kitab lain seperti Subul al-Salam, syarah Sahih al-Bukhari oleh al-‘Aini, syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi dan beberapa syarah kitab-kitab sunan, fiqh dan bahasa. Dalam kitab ini juga ada disebutkan nama salah seorang guru Shaykh seperti yang tercatat dalam muqadimah seperti berikut,

Maka dijadikan segolongan berperang dan segolongan lain supaya memahami agama dan sesungguhnya telah jatuh setengah dari golongan orang-orang awam di dalam kebinasaan yang besar, iaitu ia jadi tiada mempedulikan perkataan orang-orang mujtahid dan segala ikutan mereka daripada ulama, dan mentafsir segala ayat al-Quran dan al-Hadith itu dengan fikirannya sendiri sebelum ia mengetahui perkataan imam yang masyhur dengan ilmu dan makrifat dan yakin serta tiada harus menafsirkan suatu daripada segala ayat dan hadith-hadith itu dengan fikiran sendiri dan tiada harus ditanggung atas segala makna yang tidak di nashkan atasnya oleh imam-imam yang berbilang, sebagaimana mengkhabarkan guruku al-Allamah asy-Shaykh Muhammad ‘Ali al-Maliki yang wafat di Thaif pada 28hb Syaaban tahun 1367H di dalam kitabnya al-Maqsidu al-Sadid, kita pohonkan kepada Allah Ta’ala kiranya Ia memberi taufiq kepada kita dan menunjukkan kita akan jalan yang benar.Sesungguhnya telah aku pindahkan ini pada ta’liq yang aku sanggup atasnya daripada perkataan imam-imam, dan aku telah berpegang pada menghuraikan segala lafadznya atas syarahnya “Subulus Salam” dan ialah kehendakiku ketika aku berkata “minas syarah” atas setengah daripada syarah Bukhari dan Muslim seperti al-‘Aini dan an-Nawawi, dan setengah daripada segala syarah sunan dan setengah kitab-kitab fiqah dan lughah.

Selain bidang-bidang seperti yang dinyatakan di atas, Shaykh juga telah menghasilkan penulisan dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah seperti Asas Islam, Nizam al-Hayah, Pati Hukum-hukum Ibadah, Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu dan sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu. Kitab Perbendaharaan Ilmu adalah sebuah kitab yang sangat menarik kerana ia dalam format majalah bulanan yang mengandungi pelbagai aspek ilmu pengetahuan termasuklah bahasa Melayu, masalah agama, tafsir, hadith dan tauhid, tasawwuf, sejarah tokoh terkenal dunia, geografi, kimia, falsafah serta kedoktoran.

Selepas berjaya menyelesaikan pengajiannya, Shaykh tidak terus balik ke Malaysia sebaliknya menetap di Tanah Arab lebih kurang 60 tahun lamanya.  Shaykh membina kehidupannya di Mesir dengan banyak melakukan kerja-kerja penulisan, penterjemahan, penyuntingan, penerbitan dan percetakan kitab/buku. Diriwayatkan bahawa Shaykh adalah orang Melayu paling berjaya dalam bidang penerbitan buku di Mesir. Ia berjaya mendirikan syarikat penerbitannya sendiri pada tahun 1927 yang diberi nama Matbaah al-Marbawiyyah.Ketika Dato Hassan Adli menjadi Duta Besar Malaysia di Mesir, beliau telah berjaya mengesan lokasi tempat tinggal Shaykh Idris dan bertemu dengannya. Shaykh akhirnya bersetuju untuk kembali ke tanahair tambahan pengalaman dan keilmuannya sangat ditagih oleh masyarakat negara ini. Atas sumbangan dan jasa besarnya dalam bidang keagamaan dan persuratan, Shaykh telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980. Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama. Sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama, Shaykh telah menerima pingat, sijil dan wang berjumlah RM 40, 000. Penghargaan telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad. Seramai 3000 orang telah hadir dalam majlis yang sangat bersejarah itu termasuk duta-duta dan orang kenamaan dari negara luar. Selanjutnya pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.

Peribadi Shaykh

Beliau adalah seorang tokoh ilmuwan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat berharga. Beliau seorang yang sangat tawaduk walaupun kealimannya tidak disangkal lagi oleh masyarakat sekelilingnya. Tidak sesekali beliau membangga diri walaupun ilmu memenuhi dada dari segi kefahamannya dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, dalam kalam muqadimah Kamus al-Marbawi beliau menyebut:

"Walaupun bukanku itu ahlinya yang sejati"

Juga dalam muqadimah Bahr al-Mazi beliau berkata:

"Adapun kemudian daripada itu, maka lebih dahulu daripada aku masuk didalam mengarang kitab ini dengan tawadhuk aku kepada Allah SWT kiranya dipohonkan kepadanya tiadalah salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku"

Diriwayatkan bahawa ketika kerajaan Malaysia mula memperkenalkan anugerah Tokoh Maal Hijrah, tiada tokoh lain yang dilihat layak kecuali Shaykh Idris al-Marbawi. Kerajaan menghantar rombongan ke Mesir untuk meminta beliau balik menerima anugerah tersebut. Namun beliau enggan sehinggalah kerajaan terpaksa menghantar rombongan buat kali kedua bersungguh-sungguh memujuk beliau pulang ke tanah air. Akhirnya setelah akur dengan kehendak rombongan, beliau pulang dan menerima Tokoh Maal Hijrah Pertama pada tahun 1987 di Dataran Pusat Islam. Pihak penganjur meminta beliau menyampaikan sepatah dua kata seusai penyampaian. Beliau menolak kerana beralasan tidak tahu. Setelah diminta berkali-kali, beliau tampil juga dengan memulakan salam, mengucap puji-pujian kepada Allah dan Rasul seterusnya menutup kembali dengan salam. Sementara dalam riwayat lain menyatakan bahawa Semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga pengajar luar.

Beliau seorang yang kuat berpegang kepada Sunnah Nabi saw. Beliau suka mengenakan sarban dan jubah. Sementara dalam satu kejadian, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air.

Beliau juga seorang yang sangat mengambil berat untung nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Hal ini dinyatakan oleh Shaykh dalam pengenalan kamus yang ditulisnya dengan katanya,

Kemudian dari itu maka sebelum masuk mengarang kamus ini lebih dahulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajaran umpama nahu dan saraf.


Oleh itu, kuhabiskan wujudku, mentelaah kitab lughah arab yang besar2, cadanganku ke bahasa Melayu hendakku kisar, tetapi tidaklah ku dapati, akan kitab yang memuaskan hati, seperti kitab cara baru, cara yang patut dengan zamannya, mudah faham bagi penuntutnya, banyak faedahnya, senang ambilnya, layak dengan bangsanya, segera dapat memetik buahnya.


Bersama-sama dengan sahabat serantau, beliau telah terlibat secara langsung pembikinan jurnal Seroean Azhar ketika menimba ilmu di Mesir. Beliau bersama sahabatnya bernama Abdul Wahab Abdullah telah bergabung tenaga dengan pelajar Indonesia bernama Mahmud Junus, Iljas Jacub, Raden Fathurrahman dan Djanan Thaib. Keluaran sulung jurnal tersebut ialah pada September 1925. Isi kandungan jurnal ini tertumpu kepada kesatuan dan kemajuan anak bangsa, penyebaran ilmu dan anti penjajahan.

Shaykh seorang yang amat berhati-hati dalam hukum dan sesuatu masalah dalam agama. Malah dalam muqadimah kitab Bulugh al-Maram, beliau berpesan kepada umat Islam agar menguasai terlebih dahulu sesuatu bidang ilmu sebelum bercakap dalam bidang tersebut dan sentiasalah mengambil pandangan ulama-ulama muktabar sebelum membuat sesuatu keputusan. Katanya,

Maka hendaklah diketahui oleh penuntut bahawa menerbitkan hukum, istinbath dan memahamkan nash al-Quran dan al-Hadith dengan bersendirian itu berhajat kepada berjaya dalam ilmu-ilmu yang tertentu dalam bahasa ’Arab seperti ilmu nahwu dan sharaf, ilmu bayan dan ilmu ma’ani dan pecahan ilmu bahasa dan yang lainnya. Dan berhajat kepada berjaya dalam ilmu fiqh, kerana ilmu feqah itulah yang lebih faedah keterangan baginya, kerana ulama feqah itu menyebutkan masalah secara feqah ,kerana disebut mereka itu akan dalil, maka zahirlah maknanya sehabis-habis zahir dan juga berhajat kepada berjaya dalam ilmu usul feqah supaya tahu jalan-jalan yang diambil daripadanya segala nama dan segala bahasa, dan tahu perintah dan suruh, dan apa-apa kemahuannya, dan tahu tegah dan larangan dan apa-apa yang menunjukkan atasnya, dan tahukan am dan khas dan apa-apa yang mengikuti keduanya, dan tahukan lafaz yang datang atas sebab, dan tahukan mutlaq dan muqayyad, dan mantuq dan mafhum, dan mubayyan dan mujammal dan nasakh dan jalan-jalannya, dan segala perbuatan Rasulullah saw dan segala pembahagian hadith dan pembahagiannya. Dan makna ijma, dan bagaimana tersimpulnya, dan perselisihan shahabat dan segala qaulnya, dan tahu akan qias dan yang dijadikan hujjah padanya, dan barang yang harus dijadikan asal dan yang tiada harus, dan yang menunjuk atas sah ‘illat dan barang yang harus dibuatkan ‘illat dan yang tiada harusnya, dan yang menunjukkan atas sah illat dan yang membatalkannya, dan bagaimana engkau menguatkan salah satu daripada dua ‘illat itu pada waktu berlawanan. Dan tahukan istihsan dan hukum segala perkara dahulu daripada syarak, dan istishabul hal dan tahukan sifat mufti yang memberi fatwa dan yang meminta fatwa, dan barang yang harus padanya bertaqlid, dan barang yang tiada harusnya, dan tahukan segala qaul orang yang mujtahil, dan yang dikeluarkan seorang mujtahid akan satu masalah atas dua qaul dan lain daripada itu. Maka apabila telah mendapat seorang akan demikian itu, atau mencapai satu jumlah yang baik daripadanya atas sekurang-kurangnya, maka bahawasanya bersedialah ia bagi memahamkannya.

Beliau seorang yang sangat gemar bermusafir. Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran dan pengalaman berguna kepada beliau.

Berpulang ke Rahmatullah

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia kerana tokoh besar yang banyak menabur jasa itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia pada ketika itu. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Harimau Mati meninggalkan Belang...

Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikenali dengan nama Kolej Idris al-Marbawi. Namanya juga turut diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.






Nama Shaykh diabadikan pada sebuah kolej kediaman di UKM


Masjid Jamek al-Marbawi di Lubuk Merbau Perak


Gambar Shaykh yang tertera dalam kamus


Shaykh menerima ijazah kehormat Doktor Persuratan UKM


Gambar Shaykh ketika muda


Kitab Kamus Idris al Marbawi


Masjid Saiyiduna Hussain, Kaherah tempat Shaykh menimba ilmu hadith


Maktabah tempat Shaykh pernah bekerja ketika berada di Mesir

Shaykh Idris al Marbawi

Gambar Shaykh menghiasi majalah Utusan Qiblat

Wasiat Luqman Al-Hakim

Monday 27 October 2014


1)Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2)Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah engkau terus memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3)Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu, dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4)Perbaikilah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu kerana engkau akan disukai oleh orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5)Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu, dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6)Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak dirimu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, jangan engkau rangkul dunia  ini dan meneguk habis airnya, kerana semua itu bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana akan membahayakan dirimu. Yang engkau pakai dan makan itu adalah tanah belaka. Dan janganlah engkau bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana ianya membahayakan dirimu.

7)Hai anakku, apabila engkau berteman, jadilah engkau orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Namun, biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu.

8)Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seseorang yang tidak berhajatkan  pujian atau menagih sanjungan orang lain, kerana penguasaan riya’ akan menyebabkan dirimu beroleh kecelakaan.

9)Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina, melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata mata.

10)Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata busuk, kotor, dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11)Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mengumpulnya.

12)Janganlah engkau makan atau minum berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13)Barangsiapa penyanyang sudah tentu akan disayangi, sesiapa yang berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata perkara kotor, sudah pasti akan menyesal.

14)Hai anakku, bergaullah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarkan nasihatnya. Akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari kata alim ulama bagai tanah yang subur disirami air hujan.

15)Hai anakku, bila engkau menghadapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri majlis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih untuk menjeguk orang mati kerana  menjenguk orang mati akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16)Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan bermusyawarahlah segala urusan mu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17)Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah SWT.

18)Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19)Jauhilah dirimu daripada berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20)Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu mnederhaka kepadanya.  Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar ketakutan, tentulah engkau akan terlepas daripada sifat putus asa daripada rahmat Allah SWT.

21)Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah yang lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22)Hai anakku, janganlah sesekali engkau mengutuskan utusan melalui orang yang bdoh dan jahat. Apabila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23)Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali dilakukan bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta itu dilakukan, akibatnya dan bahayanya amat besar.

24)Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaddhuk kepada Allah. Dia akan ebih dekat kepada Allah dan menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25)Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang  yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar itu adalah lebih mudah daripada memberi pengertian daripada orang yang tidak mahu mengerti.

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."(Luqman:13)  

Teknik Membuat Nota Ringkas

Sunday 26 October 2014

BERIKUT disenaraikan teknik  pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :



1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).
8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
10. Ulang hingga kamu puas hati.
11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.


Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah :


* Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
* Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
* Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
* Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
* Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

Ingatan Buat Hati Yang Keras ....

Saturday 25 October 2014


Kata Alim ulamak, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
 Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
 Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
 Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
 Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
 Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
 Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
 kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
 tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
 Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
 kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
 kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat
 kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
 Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
 apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
 setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita... maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
 kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
 ke satu perjalanan yang jauh.
 yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
 sesungguhnya mati itu benar. 
 Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
 Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bahawa dunia sementara dan akhirat kekal abadi.
 Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. 
 Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, mahsyar, titian sirat dan mizan. 
 Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. 
Renung2kan dan selamat beramal.

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin