Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Pengenalan





  PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan pengajian al-quran dan al-sunnah dan amalan seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang Pengajian al-Quran, Ulum Al-Quran , Pengajian Hadis, Ulum al-Hadis, Akhlaq dan Tamadun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran elektif pengajian Islam.

VISI

“Bersama menggabungkan tenaga bagi memahami mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah supaya pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada di peringkat PMR yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini”.

MISI

“Setiap usaha  yang dicurahkan ke arah kefahaman dan penghayatan serta amalan seharian bagi pelajar ke arah melahirkan cerdik pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi.”

MATLAMAT


Memantapkan penguasaan ilmu melalui pembelajaran Al-Quran dan Al-Hadis ke arah memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu penguasaan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran. Di samping menanam minat pelajar bagi menambah ilmu dan diterapkan dalam kehidupan seharian samada di sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat pengajian mereka.


OBJEKTIF

          i.    Melahirkan pelajar yang bertaqwa.

        ii.    Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

       iii.    Memupuk semangat pelajar yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada duniawi dan ukhrawi.

       iv.    Membina keseimbangan pelajar yang dapat menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari.

RASIONAL

          i.    Menyedari betapa cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

        ii.    Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

   iii.    Mendedahkan pelajar kepada perkembangan hukum-hakam Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

       iv.    Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan SPM.

    v.    Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar.

No comments:

Post a Comment

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin