Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Apakah Khalwat Merupakan Hak Yang Boleh Dipertahankan ?

Sunday 20 December 2015

Image result for khalwat

MANUSIA seringkali KELIRU DAN GAGAL MEMBEZAKAN ANTARA HAK ASASI DAN KEINGINAN. Apa yang dianggap sebagai hak asasi, tetapi sebenarnya ia merupakan keinginan hawa nafsu sahaja yang sememangnya tidak terbatas. Kalau ingin diikutkan semua keinginan manusia, harta yang bernilai segunung emas pun tidak akan cukup untuk memenuhi semua keinginan manusia. Oleh sebab itu, untuk membezakan hak asasi dan keinginan manusia, panduan ketuhanan diperlukan kerana peraturan ketuhanan itu bersifat universal. 

Manusia menyangka bahawa 
- berjudi itu adalah hak asasi mereka untuk berhibur 
- minum arak itu adalah hak asasi mereka untuk ketenangan
- berzina itu adalah hak asasi mereka untuk kepuasan 
- menukar jantina itu adalah hak asasi mereka untuk rasa jati diri
- membuka aurat itu adalah hak asasi mereka untuk berhias 
Apakah benar semua itu hak asasi? atau itu hanyalah keinginan manusia sahaja?
dupp

Bekalan Buat Para Pejuang


                                        Image result for bekalan buat pejuang

7 Bekalan Buat Para Pejuang. 

1. Aqidah

2. Akhlak

3. Pengorbanan

4. Ukhuwah

5. Berani

6. Sobar

7. Istiqamah.

Peringatan Allah

                          Image result for peringatan Allah

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujurat ayat 13

Diantara Bebas Dan Babas

Sunday 13 December 2015

Ada segelintir kalangan manusia spesisnya menolak hukum Allah, khususnya perkara halal dan haram diatas konsep kebebasan dan hak asasi manusia. Tanpa peduli betapa rahmat dan sayangnya Allah terhadapnya dan tidak sedar kelemahan  makhluk manusia yang tidak tahu semuanya, termasuk kejadian dirinya sendiri, juga makhluk yang lain.

Pengetahuan manusia hanya sekadar kemampuan diri  dan akalnya sahaja. Masih terlalu banyak perkara mengenai dirinya sendiri dan makhluk disekelilingnya  diluar kemampuan akal dan pancaindera, apatah lagi berkenaan Tuhannya yang tidak sama dengan makhluknya.
Islam membetulkan akidah kepercayaan kepada adanya Tuhan oleh semua manusia mengikut nalurinya, termasuk kalangan manusia asli dirimba dan paling  jahil yang jauh sekali tahu membaca dan menulis, lebih jauh lagi daripada mengenal media baru yang sangat dibanggakan kini hasil kemajuan sains dan teknologi ini sehingga ditasbihkan laksana Tuhan yang disyirikkan, pun percaya adanya Tuhan. Kalangan atheis juga akhirnya percaya kepada Allah apabila terdesak dihimpit bencana bahaya dan kesusahan, apabila hilangnya kemampuan diri dan tempat pergantungan, sama ada di daratan, udara atau lautan bergelora.

Ada kalangan yang dianggap paling bijak oleh kaum bangsa di zamannya, digelar ahli falsafah pemikir dan sebagainya, apabila menolak hidayah Allah, tiba-tiba meletakkan manusia menyembah dan memuja sama-sama manusia walau pun zalim dan bodohnya, sehingga memuja  binatang, batu, kayu yang lebih rendah martabatnya daripada manusia. Pada hal  Allah menjadikan manusia mempunyai kelebihan menguasai dan mentadbir makhluk yang lain kerana kemuliaan kejadian manusia.

Al Quran menegaskan semua para Rasul menyatakan Allah Sahaja Tuhan yang Maha Esa,  banyak nama-namanya yang terbaik  dan sifat-sifatnya yang terpuji,  tidak sama dengan makhlukNya dalam semua perkara. Allah yang Maha Esa sahaja yang bernama dan bersifat setiap satu daripada yang tersebut.  Diantaranya Maha Mengetahu, Maha Rahmat, Maha  Adil, Maha Pengampun terhadap  hamba dan makhlukNya.

Setiap penganut Islam diwajibkan bersolat, setiap rakaatnya diwajibkan pula memuji dan memuja Allah dengan membaca Surah Al Fatihah yang disebut pada awalnya

(Segala puji bagi Allah Rabb (Tuhan) kepada seluruh alam).

Perkataan Rabb bermaksud mencipta, mentadbir dan mengurus. Bukan sahaja diibadatkan kepadanya sahaja dengan hati yang ikhlas, bahkan menjadi akidah (iman dan kepercayaan) dalam aspek tersebut, yang disebut Tauhid Rububiyyah.

Allah mencipta alam seluruhnya dengan setiap makhluk yang ada pada masing-masing  sifat fitrah atau naluri (nature). Diantara rahmatnya dalam masa yang sama  meletakkan sempadan supaya tidak terkeluar daripada fitrah atau nalurinya. Semua makhluk diwajibkan Islam (menyerah diri ) kepada sempadan ketetapan Allah

Firman Allah:
(Adakah mereka mahu selain daripada peraturan Allah, Pada hal telah Islam (menyerah diri) kepadanya oleh semua makhluk diseluruh langit dan bumi, sama ada secara taat dengan pilihan sendiri atau terpaksa sacara naluri (tabii), dan kepadanya mereka akan dipanggil (pada hari kiamat)  menemui Tuhannya(untuk dibicarakan)) ('Ali Imran: 83)

Para makhluk diangkasa yang banyak tidak terhitung, berada dikawasan yang luas tidak terukur luasnya, tetap mempunyai peraturan ketetapan Allah yang tidak tercipta dengan sendirinya. Matahari,  bulan dan bintang-bintang berada dalam orbit masing-masing, tidak boleh keluar daripada kawasannya, termasuk para malaikat yang sangat mulia. Begitu juga makhluk  dibumi yang tidak terkira banyaknya.

Setiap satu makhluk mengikut sempadan naluri masing-masing, bebas dalam sempadannya sahaja. Kalau terkeluar maka babaslah namanya dan terjerumus kepada binasa dirinya sendiri dan semua pihak di kelilingnya. Haiwan darat tidak mampu hidup di kawasan air, haiwan laut masin tidak mampu hidup di kawasan air tawar, begitulah juga kalau dilakukan sebaliknya. Begitu juga pemakanan masing-masing berbeza. Termasuk juga alam tumbuhan berada dalam kawasan dan mengikut kawasan tanah dan baja masing-masing. Kalau ditukar manjadi rosak dan tidak mampu bertahan.

Kejadian manusia juga ada nalurinya yang  tidak sama dengan makhluk yang lain, kerana  bukan sahaja mempunyai jasad, nyawa serta akal, termasuk juga roh dan moral serta maruah dalam hubungan diri individu, kaitan berkeluarga dan bermasyarakat serta berkemampuan menguasai makhluk yang lain bagi memakmurkan bumi. Maka Allah menetapkan sempadan nalurinya, bukan menyekat kebebasan tetapi mengawal kebebasan supaya tidak terkeluar daripada sempadan yang merosakkan jati diri dan masyarakat, serta alam keliling yang ada kaitan dengan peranan dan hikamah diciptakan manusia yang mulia itu.

Firman Allah:

(Dan sesungguhnya kami muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka didarat dan laut dan kami berikan rezeki kepada mereka daripada yang terbaik dan kami  muliakan mereka mengatasi  kebanyakan daripada makhluk yang kami ciptakan) (Al Isra' : 70)

Setiapa aspek dalam diri manusia seperti jasad, roh, akal, individu dan masyarakat diadakan sempadan nalurinya. Semua yang merosakkan naluri itu diharamkan oleh Allah kerana merosakkan sama ada diri sendiri, keluarga atau masyarakat atau alam sekitar. Seperti arak dan dadah merosakkan akal dan jasad. Berzina merosakkan jasad, keluarga dan masyarakat, begitulah seterusnya. Islam  mengharamkan merompak, mencuri dan menipu, walaupun niatnya memberi nafkah keluarga atau menunaikan haji yang diwajibkan, walaupun menggunakan Maqasid Syariat, namun dianggap penggunaan yang haram kerana caranya yang haram mengganggu hidup bermasyarakat.

Apabila seorang Badwi (darat) yang buta huruf dan terlampau jahil, meminta dihalalkan berzina. Rasulullah S.A.W. memanggil dan bertanya: "Adakah engkau redha seseorang berzina dengan ibumu?" Dia menjawab : tidak”, ditanya lagi: ”Dengan isterimu?” dijawabnya : ”tidak!” ditanya lagi :”dengan anak perempuanmu?” dijawabnya : "tidak” ditanya lagi : ”dengan adik atau kakak mu?” dijawabnya :" tidak”. Sehingga disebut lagi keluarganya yang terdekat, semuanya dijawab:”tidak!”.  Akhirnya dia insaf dan meminta Rasulullah S.A.W. mendoakan untuk dirinya supaya bencikan akhlak yang buruk itu. Inilah dia jati diri secara naluri, sehingga diakui oleh semua agama, kalangan kaum di rimba dan ada juga kalangan binatang. Kecuali agama Mazdak  di Parsi purba sebelum masihi yang sudah pupus .

Kajian saintifik mendedahakn seks bebas dan homoseks mendatangkan penyakit yang menggerunkan. Kajian terkini mendedahkan penyakit Aids berasal daripada monyet kerana dimakan dagingnya . Inilah hikmah Islam mengharamkan monyet walau pun makanannya adalah buah buahan.

Sangat mengejutkan apabila muncul di tanahair kita yang sudah lama memeluk Islam, spesis  manusia yang mendesak supaya ditiadakan undang-undang hukuman terhadap maksiat bergaul bebas.

Manusia yang bijak mampu mengadakan undang-undang sendiri dalam skop yang diizin oleh Allah, bagi keselamatan dirinya, maruah, keluarga dan harta. Contohnya undang-undang jalanraya, setiap orang yang berlesen memandu dibebaskan mengikut jenis lesennya dan bebas  memandu mengikut sempadan undang-undang nya. Apabila melanggar undang-undangnya dan berlaku kemalangan maka dikatakan keretanya terbabas bukannya bebas.

Kecederaan terbabas dijalanraya boleh diubat dan dirawat, tetapi terbabas melakukan yang haram kalau tidak bertaubat menyebabkan celaka didunia dan neraka di hari akhirat . Allah memberi amaran:(Sesungguhnya kami telah sediakan neraka jahanam itu kepada banyak di kalangan jin dan manusia,  mereka ada akal yang tidak berfikir dengannya,  ada mata yang tidak melihat mengambil pengajaran dengannya dan ada telinga yang tidak mendengar mengambil peringatan dengannya,  Mereka itu laksana binatang, bahkan lebih sesat lagi daripadanya.Merekalah orang-orang yang lalai) (Al A'raf:179)

Abdul Hadi Awang 

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin