Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Mengapa Zionis Mahu Menguasai Dunia?

Friday 30 December 2016


Soalan ini tidak akan terjawab hanya dengan kajian fakta dan geopolitik semata, bahkan mesti mengkaji hadis akhir zaman yang disebut Ilmu Eskatalogi.Terlalu bergantung pada info realistik depan mata khuatir kita menyangka hadith akhir zaman tidak releven dan perancangan yahudi adalah retorik.
Begitu pula perihal membaca hadis akhir zaman, namun gagal membaca geopolitik semasa dan dapatan fakta sokongan, akan menjadikannya terawang-awang bahkan sampai peringkat paranoid. Tengok nasi lemak pun terbayang Dajjal.
Baca hadia akhir zaman, diserasikan dengan peristiwa zaman ini sepatutnya;
1. Menambah keinsafan bahawa Qiamat terlalu dekat.
2. Cuba mengelakkan dan mencegah kerosakan semampu kita.
3. Menambah keimanan perkara ghaib yang diwahyukan Allah dan sabdaan Baginda SAW bahawa ia akan berlaku pada bila-bila masa.
4. Menjadikan kita menambah amal soleh, melihat kekurangan untuk diperbaiki bersama.
5. Memahami bahawa musuh tidak akan berhenti merosakkan umat Islam dengan tipu daya yang dahysat.
6. Tidak memandang rendah kekuatan musuh, apatah lagi menambah parah kelemahan umat Islam.
Dan macam-macam lagi yang kita boleh hayati bersama. Setakat pembacaan dan perkongsian singkat bersama teman-teman yang dimuliakan Allah.
*penulis merupakan tenaga pengajar di Maahad Tanwiriah, Johor dan juga merupakan bekas penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kelihatan Soleh Tetapi Dicampak Ke Neraka


Tiga golongan yang kelihatan soleh di dunia tetapi dicampak ke neraka akibat tidak ikhlas:

[1] Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
[2] Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama.
[3] Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
Tiga golongan ini gagal dalam perbicaraan di mahsyar. Muka-muka mereka diseret seterusnya dihumban ke neraka.
(Mafhum hadis rekod Sahih Muslim dari Abu Hurairah)

Kebakaran Negara Haram Israel: Ancaman Allah terhadap musuh-Nya

Thursday 8 December 2016


ISLAM adalah agama yang mengajar agar menghormati sesama manusia. Penciptaan manusia sebagai sebaik-baik makhluk lambang penghormatan yang Allah berikan pada manusia. Kesempurnaan kejadian itu mengangkat darjat manusia dari kalangan makhluk lain yang hidup dibumi dan alam nyata.

Namun sebahagian manusia beranggapan kehidupan dan perbuatan mereka tiada dalam makluman Allah tuhan yang mencipta. Mereka angkuh dan sombong dengan kelebihan nikmat pinjaman dari Allah tanpa rasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah.

Umat Islam perlu melihat kejadian tragedi mutakhir ini dengan berlakunya kebakaran di Negara Haram Israel adalah salah satu bentuk ancaman dan peringatan dari Allah. Peristiwa terjadi selepas Parlimen Israel dibentangkan Rang Undang-Undang larangan penggunaan pembesar suara ketika melaungkan Azan. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu antara yang menyokong kuat RUU ini. Masjid al-Aqsa menjadi sasaran setelah tiga masjid berhampiran.

Setiap perkara berlaku adalah atas ketetapan dan keadilan Allah. Bukan ia berlaku secara kebetulan dan tiba-tiba. Sesuatu bentuk azab Allah SWT yang diturunkan adalah atas dasar keadilan-Nya. Ini kerana perkara mustahil bagi Allah SWT berbuat zalim pada makhluknya.

Negara Haram Israel mendapat sokongan dari kuasa besar dunia. Seakan mereka "kebal" dalam melakukan pembunuhan terhadap umat Islam Palestin. Mereka menangkap para pemuda, memukul kanak-kanak dan wanita. Mereka membina tembok besar pemisah sebagai tanda "rampasan" pemilikan tanah rakyat Palestin. 

Kepungan serta kekebalan mereka itu menunjukkan seakan mustahil rakyat Palestin akan mendapat semula tanah air mereka. Golongan Yahudi merasa aman dan selesa dalam "tanah air haram" mereka. Tiada siapa mampu menghalau dan mengeluarkan mereka.

Akan tetapi kehendak Allah SWT berbeza. Keinginan Allah SWT tak sama dengan keinginan dan perancangan musuhnya. Bahkan Allah SWT mengatur yang terbaik untuk hambanya. Allah SWT sendiri yang akan menjadikan Yahudi rasa tidak aman. Allah SWT sendiri yang akan menghalau mereka dengan azab yang tidak di sangka-sangka. Allah SWT berfirman mengenai perkara ini:

(هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ)
[Surat Al-Hashr 2]

Maksudnya: Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

Ayat ini adalah jawapan kepada golongan Yahudi. Juga jawapan kepada musuh-musuh Allah. Tidak cukup tanah mereka terpaksa lari keluar dari kediaman mereka. Kekebalan mereka menjadi rapuh seumpama kain buruk yang dipijak dikaki. Mereka menagih simpati sekutu mereka. Namun api yang marak membara tiada kenal siapa dan sekuat mana sekutu mereka.

Ini adalah cara Allah SWT membalas terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap orang beriman. Maka orang beriman selayaknya bergembira atas azab yang Allah kenakan kepada kaum zionis Yahudi. Kegembiraan ini bukan wajar tetapi benar sejajar dengan keputusan Allah yang maha adil.

( وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ)
[Surat Ar-Rum 4 - 5]

Maksudnya: Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Oleh yang demikian, manusia jangan menyangka kekuatan dan kekebalan mereka mengatasi Allah SWT. Pengaruh dan kekuasaan mereka bukan satu lesen pada mereka untuk bersikap biadap terhadap Islam. Tindakan dan tutur kata mereka jangan melampau. 

Iktibar ini perlu diamati oleh semua umat dan generasi. Mereka yang mempersendakan Allah dengan dengan mengkhianati perjuangan suci ini, bersekongkol dengan mereka yang benci Islam, bersama-sama bersatu menghina perjuangan Islam serta menghalang terlaksana agenda Islam.

Tentera Allah SWT tiada siapa yang tahu. Mereka berperanan menghancur dan menggagalkan segala perancangan musuh-musuh Allah.

Pertolongan serta azab Allah itu datang dalam bentuk yang tidak disangka. Sehingga Nabi SAW menceritakan bagaimana Allah SWT akan memerangi habis-habisan mereka yang memusuhi Islam. Allah SWT akan menghancurkan pakatan serta perancangan mereka dengan jalan dan kaedah yang diluar akal mereka berfikir.

Nabi SAW menggambarkan kemusnahan golongan Yahudi. Sebagai satu contoh dan amaran pada mereka yang memusuhi Islam. Kehancuran golongan Yahudi ini sehingga Allah SWT jadikan pokok dan batu akan berkata memaklumkan persembunyian golongan tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ» (رواه مسلم).

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Tidak berlaku hari kiamat sehingga orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang Islam akan membunuh orang-orang Yahudi sehingga mereka bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka berkata batu atau pokok: wahai orang Islam, wahai hamba Allah ini Yahudi ada di belakang aku. Maka datang dan bunuhlah ia melainkan Al-Qarqad. Maka sesungguhnya pohon itu adalah pohon Yahudi.

Justeru hati-hatilah mereka yang memusuhi Islam. Berjaga-jagalah di atas tindakan dan perbuatan kalian. Ini bukan ugutan tetapi adalah amaran dari Allah SWT. 

-USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM 

Peribadi Idaman Yang Berjaya Mengharungi Fitnah: Rahmat Rabbani Dan Ilmu Rabbani

Friday 2 December 2016


Oleh: Ahmad Hakimi Othman
Tika ini dan zamannya adalah masa yang penuh ujian dan fitnah. Lebih menakutkan fitnah yang menyesatkan akidah dan penyelewengan syariat. Apatah lagi, hampir semua kita terperangkap dengan fitnah Ad-Duhaima moden iaitu Demokrasi Liberal. Demokrasi Liberal menyerang setiap rumah sehingga seluruh orang awam diprogramkan dengan etopia kerajaan rakyat, namun sebenarnya kerajaan yang ditunggang elitis-elitis global yang menguasai media, ekonomi dan posisi posisi politik penting.
Islam ada ubat untuk orang beriman menghadapi zaman fitnah ini. Ubat yang juga mujarab untuk berhadapan dengan kemuncak fitnah akhir zaman iaitu fitnah Ad-Dajal. Islam membekalkan Al-Quran, dan terdapat surah penting menghadapi fitnah yang dinamakan Al-Kahfi. Surah yang diturunkan di Mekah tatkala kemuncak penentangan lisan dengan golongan Musyrikin Quraisy. Namun, gambaran surah ini, bahawa musuh bukan sekadar musyrikin. Bahkan akan ada nanti golongan yang mengatakan Allah ada anak iaitu Yahudi, Nasara dan juga penyembah matahari dan dewa-dewa. Maka, mendepani golongan ini menyesakkan dada. Sempit jiwa-jiwa beriman termasuk Sang Rasul Allah. Fitnah ini berterusan di zaman kita.
Lantas Bagaimana Menghadapi Fitnah?
Surah Al-Kahfi membawa kisah Musa AS bersama hamba yang dimuliakan Allah. Hamba yang berjaya mengharungi fitnah hidup dengan panduan Allah. Musa dari bani Israel terpaksa merantau ke luar sehingga bertemu tempat dua laut berkumpul. Maka hamba itu, Allah sifatkan begini:

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

“Maka mereka dapati (Musa dan pembantunya) seorang hamba dari kalangan hamba-hamba yang dikurniakan rahmat dari Kami, dan Kami ajarkannya dari gedung-gedung kami ilmu.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 65)
Sifat hamba tersebut adalah rahmat dan ilmu dari sisi Allah. Moga kita di zaman fitnah ini, Allah kurniakan dua perkara penting ini. Lantas kita berjaya mengharungi fitnah.

Hukum Menghadiri Majlis Pengebumian Bukan Muslim


Soalan: Bolehkah seorang Muslim menziarahi majlis pengebumian bukan Muslim?
Jawapan:
Kami menerima makluman khabar dukacita berhubung pemergian nenek saudara Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak. Kami ingin mengucapkan takziah dan diharapkan keluarga Johan bersabar atas pemergian insan yang tercinta ini. Dalam masa yang sama, kami mendapat tahu, terdapat segelintir pihak yang mencemuh beliau atas tindakah beliau menziarahi majlis pengebumian mendiang nenek beliau yang bukan beragama Islam. Maka, kami jelaskan di bawah ini perbahasan berkenaan hukum-hakam berkaitan majlis pengebumian bukan Muslim.
Tidak ada larangan kepada umat Islam untuk berbuat baik dengan bukan Muslim yang juga dikenali dengan akhlak yang baik dan tidak memusuhi umat Islam. Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah: 8)
Memandikan, Mengkafankan dan Mengebumikan Bukan Muslim
Islam amat menitikberatkan hubungan yang harmoni sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk kita teladani.
Disebutkan dalam sebuah hadith Ali bin Abi Talib telah bertemu Rasulullah SAW dan beliau mengkhabarkan tentang kematian Abu Talib. Baginda SAW bersabda:

«اذْهَبْ فَوَارِهِ». قَالَ: إِنَّهُ مَاتَ مُشْرِكًا. قَالَ: «اذْهَبْ فَوَارِهِ». فَلَمَّا وَارَيْتُهُ رَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ لِي: «اغْتَسِلْ»

Maksudnya: “Pergilah dan kebumikannya” Aku berkata: “Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik.” Nabi berkata: “Pergilah dan kebumikannya” Setelahmana aku mengebumikannya, aku kembali kepada Baginda. Maka Baginda berkata kepadaku, “Mandilah.”
(Riwayat al-Nasa’ie, no. 190; Ahmad, no. 759)
Dalam riwayat yang lain di dalam Musnad Ahmad (no. 1074), al-Suddi yang merupakan perawi hadith tersebut menyebutkan: “Dan adalah Ali RA selepas memandikan jenazah, beliau akan mandi.” Bahkan Nabi SAW sendiri memberikan jubahnya untuk dijadikan kain kafan bagi Abdullah bin Ubay ibn Salul, seorang munafik pada zamannya. Daripada Jabir bin Abdullah RAnhuma berkata:

لَمَّا كَانَ يَوْمَ بَدْرٍ أُتِيَ بِأُسَارَى، وَأُتِيَ بِالعَبَّاسِ وَلَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ ثَوْبٌ، «فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ قَمِيصًا، فَوَجَدُوا قَمِيصَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ يَقْدُرُ عَلَيْهِ، فَكَسَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاهُ، فَلِذَلِكَ نَزَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَمِيصَهُ الَّذِي أَلْبَسَهُ» قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ كَانَتْ لَهُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يُكَافِئَهُ

“Ketika Perang Badar, tahanan perang dibawakan termasuk al-Abbas yang tidak berpakaian. Nabi SAW mencari-cari pakaian untuknya dan mendapati jubah Abdullah bin Ubai sesuai dengannya. Maka Nabi memberikan jubah itu kepada al-Abbas. Oleh itulah Nabi SAW melepaskan jubah yang dipakainya (untuk dijadikan kain kafan jenazah Abdullah bin Ubai). Ibn ‘Uyainah berkata: ‘Dia (Abdullah bin Ubai) telah melakukan sesuatu yang membuatkan Nabi SAW suka untuk memberikannya ganjaran.”
(Riwayat al-Bukhari, 3008)
Oleh itu, Mazhab Syafie membolehkan orang Islam untuk memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Islam. Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/628; Al-Hawi al-Kabir, 3/19.
Menziarahi Kubur Bukan Muslim
Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari ketika mensyarahkan Minhaj al-Tullab (ringkasan kepada Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi) menyatakan bahawa “Adapun menziarahi kubur bukan Muslim dibolehkan.” Rujuk Fath al-Wahhab, 1/118. Imam al-Nawawi juga membolehkan Muslim untuk menziarahi bukan Muslim semasa hidup dan menziarahi kubur-kubur mereka selepas kematian mereka. Ini kerana menurut beliau, sekiranya dibolehkan ziarah selepas kematian, maka ziarah semasa hidup lebih utama. Rujuk Al-Minhaj, 7/45.
Satu hal yang menarik untuk diperhatikan bersama, bagaimana Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa:
“…Sekiranya ada Muslim yang hidup di negara bukan Muslim yang memerangi Islam, dan negara bukan Muslim yang tidak memerangi Islam, tidak diperintahkan kepadanya untuk berbeza dengan bukan Muslim dalam upacara keagamaan yang bersifat luaran kerana padanya kemudaratan buatnya. Bahkan digalakkan atau diwajibkan baginya untuk kadang-kala menyertai upacara mereka sekiranya terdapat maslahah agama; untuk menyeru mereka kepada Islam, mendalamkan kefahaman terhadap upacara agama mereka untuk disampaikan kepada orang Islam atau mengelakkan berlaku kemudaratan kepada orang Islam dan sebab-sebab lain daripada tujuan-tujuan yang baik di sisi syarak.” Rujuk Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, 1/53.
Begitu indah Islam ini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan multi-agama dan dalam masa yang sama, masih tegas di atas prinsip-prinsip syarak. Ia adalah salah satu bukti bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong, sebaliknya terbuka kepada kesesuaian hidup bermasyarakat yang berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Penutup
Kesimpulannya, menghadiri pengebumian sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang tidak memeluk Islam dan tidak memusuhi Islam, adalah dibolehkan dan tidak ada larangan padanya. Qiyas al-aula bagi perkara ini adalah jika memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Muslim pun dibolehkan olah syarak, maka sekadar menghadiri majlis pengebumian bukan Muslim, semestinya tidak menjadi satu kesalahan. Namun begitu, hendaklah dihindari daripada melibatkan diri dengan upacara keagamaan mereka. Kami juga menyarankan kepada masyarakat untuk tidak terburu-buru menghukum atau mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Wallahua’lam.

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin