Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Perang Salib Baru

Monday 27 August 2018


Di abad yang lalu dilaporkan cerita kerakusan serangan barat dan timur yang mengibarkan bendera salib dan sabit terhadap umat Islam dan tanah airnya dengan serangan bersenjata yang bertubi-tubi, membunuh manusia dan menghanguskan buminya.

Khilafah dijatuhkan sehingga dijajah keseluruhan tanah air Islam, ditakluk atau dipaksa berada di bawah naungannya. Umat Islam diperhamba dan dibuli jasad dan akalnya habis-habisan, hasil bumi dan karya ilmunya juga dirampas.

Tidak memadai sekadar tanah air umat Islam dipecah selepas dijajah, dibahagikan pula sesama mereka laksana membahagi pusaka peninggalan ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dibelasah jasadnya, diadu-dombakan mengikut mazhab dan kebangsaan, dipecah mengikut semangat bangsa tanpa Islam dan fanatik mazhab tanpa ilmu, diperintah dan dibuli pemikirannya sehingga cara hidup berkiblatkan ke arah negara penjajah masing-masing. Akar umbi politik dan ekonomi umat Islam dapat dipengaruhinya demi kepentingan mereka, sehingga budaya juga dikacau-bilaukan.

Namun, mereka gagal memadamkan cahaya Islam dan semangat menentang penjajah, sehinggalah tanah air umat Islam terpaksa diberikan kemerdekaan. Tetapi diaturnya supaya tidak boleh diberikan peluang kepada perubahan negara yang berjenama Islam untuk berdaulat sehingga Islam memerintah, kerana dibayangi ketakutan dan kebimbangan Islam bangkit kembali memimpin dengan baik, kerana Islam dipandang sebagai penghalang hawa nafsu jahat yang menjadi pegangan mereka.

Allah menunaikan janjinya bahawa cahaya Islam tidak mungkin dipadamkan. Firman-Nya:

﴿يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ٨ هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩﴾ [الصف: 8-9]

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir (yang bermusuh itu) tidak suka (akan yang demikian). (8) Dia lah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul-Nya (Nabi Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya ia menzahirkan (kebenarannya) dan meninggikannya mengatasi segala agama (dan ajaran) yang lain. Walaupun orang-orang musyrik (mengadakan yang lain daripada petunjuk Allah itu) tidak menyukainya). (9)” (Surah As-Saff: 8-9)

Islam gagal dihapuskan dan cahaya petunjuknya tidak berjaya dipadamkan, walaupun dikelirukan dengan berbagai cara dan pendekatan. Namun, kebenaran Islam terus ternyata dan kebatilan yang lain terus terdedah dalam segenap aspek dan lapangan kehidupan manusia.

Kedegilan tidak mahu menerima Islam secara semberono bukannya mencari kebenaran, menyebabkan mereka terus merancang dan bertindak terhadap Islam setiap masa dan peluang dengan berbagai cara ketenteraan, politik, ekonomi sehinggalah cara yang terkini.

Penguasaan teknologi maklumat meredah langit terbuka menjadikan dunia tanpa sempadan lagi. Kemajuan media dijadikan senjata baru untuk menyebarkan fitnah terhadap Islam dan pembawanya. Munculnya Islamofobia sebagai salah satu daripada perang salib baru, namun kesannya menjadikan ramai yang ingin tahu berkenaan Islam sebenar secara langsung, menyebabkan Islam akhirnya diminati ramai dan berlakunya kepesatan perkembangan Islam di negara musuh yang paling besar.

Seterusnya, Islam diambil untuk dikelirukan dengan menampalkan label yang dicipta oleh mereka untuk diselewengkan perjalanannya. Bermula dengan menjenamakan ideologi dan teori disandarkan kepada Islam.

Caranya mengambil titik persamaan konsep secara umum tanpa dilihat dasar dan objektifnya yang berbeza, seperti diperkenalkan konsep Islam baru dengan menyebut Islam Sekular, Sosialisma Islam, Islam Liberal, Islam Demokrasi, dibahagikan Islam Politik dan tidak politik, sehinggalah diadakan mazhab baru dalam Islam seperti Ortodok, Konservatif, Modenisasi, Reformasi, Moderat sehinggalah Teroris dan ada lagi yang akan dimunculkan di atas nama ijtihad dalam perkara yang tidak diizinkan berijtihad.

Namun, Islam yang murni tetap tidak boleh dikelirukan dan cahayanya yang menyuluh dapat menembusi topeng yang dipasangnya pada wajah yang sesat dan zalim itu.

Terkini pula dilancarkan serangan ekonomi terhadap negara Islam yang dikira berpotensi menjadi kuasa besar dunia. Turki dan Iran kini dijadikan sasaran tanpa mengira Sunni dan Syiah kerana sejarah dan kemajuannya, walaupun diuar-uarkan kononnya untuk membantu Sunni menentang bahaya Syiah. Bahkan, dicadangkan pembentukan NATO Arab untuk menentang Iran yang dilabelkan bahaya Syiah. Turki bermazhab Sunni pula dilabelkan penjajah Uthmaniah.

Dolar yang menjadi cagaran mata wang antarabangsa dijadikannya senjata, selain dipermainkan cukai barangan negara yang menjadi sasaran itu. Tujuannya terkini untuk menjatuhkan Lira Turki dan Tuman Iran, dengan niat jahat bagi mencetuskan protes rakyat menentang kerajaan kerana masalah ekonomi seperti inflasi, kos sara hidup, pengangguran dan lain-lain. Namun banyak negara yang bergantung dengan cagaran dolar akan menerima akibatnya, menjadikannya senjata makan tuan, apabila banyak negara yang terkesan, lalu bersimpati kepada Turki dan Iran. Di samping Rusia, China dan negara lain yang tidak sama dengan Amerika juga terkesan. 

Adapun negara umat Islam khususnya di kalangan negara Arab yang dicatur dahulunya ada yang terus dicatur politik, ekonomi dan media berkiblatkan ke arah ‘White House’. Berbeza dengan kiblat solat ke arah Kaabah dan Makkah, sehingga Israel dianggap kawan, tetapi negara Islam yang berjiran dijadikan lawan, walaupun nyata Israel sedang mengganas terhadap Palestin dan merampas Bait Al-Maqdis. Ada juga yang menjadi broker untuk membeli rakyat Palestin di atas nama perdamaian.

Ternyata OIC tidak berfungsi dan hanya bergusi tanpa gigi. Di sini sepatutnya umat Islam mengambil iktibar supaya mengisi kemerdekaan negara masing-masing dengan kembali kepada Islam yang sebenarnya dan mempertahankan jati diri mereka bersama Islam.

Sepatutnya umat Islam menyedari betapa Allah meletakkan mereka di bumi yang paling bertuah dalam peta dunia dari sudut kedudukan geografi, demografi, sumber kekayaan harta dan tenaga manusia penduduknya. Sepatutnya percayalah kepada firman Allah:

﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ٧﴾ [إبراهيم: 7]

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu. Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim: 7)

Hendaklah mengambil petunjuk Islam dan mengambil manfaat daripada sumber manusia dan hasil bumi sendiri bagi membina kekuatan umat Islam yang banyak dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari segi agama dan kehidupan dunia. Percayalah, kalau tidak pedulikan Islam boleh kufur aqidahnya dan tidak memanfaatkan hasil kurniaan Allah pula kufur nikmatnya. Kedua-dua kufur ini dimurkai Allah.

Al-Marhum Profesor Najmuddin Arbakan, mantan Perdana Menteri Turki pernah berusaha menubuhkan D8 (Gabungan Negara Umat Islam) yang terdiri daripada negara Turki, Malaysia, Mesir, Indonesia, Iran, Pakistan, Nigeria dan Bangaladesh, bagi merintis dan mewujudkan kerjasama politik, ekonomi dan lain-lain.

Di antaranya, mencadangkan Dinar Islam menggantikan Dolar dan Euro bagi mencapai erti kemerdekaan yang sebenarnya kepada negara Islam. Malangnya hasrat tidak kesampaian dan terhenti di tengah perjalanan kerana kecelaruan di kalangan umat Islam sendiri dan dijatuhkan ketua negaranya tanpa islah, sehingga membawa akibat lebih buruk dan kemungkaran lebih besar.

Malangnya terus wujud di kalangan umat Islam, mereka yang boleh dijadikan buah catur permainan musuh bagi mencetuskan masalah umat bukannya penyelesaian, menunjukkan perjuangan kemerdekaan kita belum selesai.   

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG

Ibrah al-Kahfi: Jadilah umat yang digeruni

Sunday 12 August 2018




KETIKA Ashabul Kahfi ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun, mereka dikurniakan kehebatan yang menyebabkan sesiapa pun akan merasa jika terserempak dengan mereka:

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

"Dan kamu mengira mereka itu bangun sedangkan mereka sedang nyenyak tidur. Dan kami membolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri. Sementara anjing mereka menghulurkan kedua kakinya di depan pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu berpaling melarikan diri daripada mereka. Dan tentulah hati kami diselubungi ketakutan terhadap mereka"

(al-Kahfi 18)

Kurniaan kepada penegak kebenaran

Imam Ibnu Kathir mengulas, Allah mencampakkan aura kehebatan yang dahsyat kepada Ashabul Kahfi menyebabkan mereka terpelihara dan tidak boleh disentuh oleh musuh.

Kita sedia maklum bahawa Ashabul Kahfi tidak mempunyai kekuatan fizikal mahupun material. Dalam keadaan serba lemah, mereka tegar mempertahankan iman. Sikap Ashabul Kahfi yang cukup menghargai iman, menyebabkan Allah mengurniakan kehebatan kepada mereka walaupun dalam keadaan sedang nyenyak tidur.

Dengan kaki anjing yang terhulur di luar pintu gua, Ashabul Kahfi dilihat sentiasa bersiap menghalau sesiapa sahaja yang mahu mengganggu mereka.

Aura Nabi dan umatnya

Nabi S.A.W dikurniakan kehebatan yang dahsyat, sehingga musuh-musuh Islam cukup gerun dengan Baginda walaupun dari jarak yang jauh. Baginda memperakui kurniaan Allah kepada dirinya:

نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْر

"Aku dibantu oleh Allah dengan rasa gerun (musuh terhadapku) sebulan perjalanan"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah telah menjelaskan bahawa pertempuran antara iman dan kufur akan membuahkan rasa gerun musuh terhadap golongan yang beriman:

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُوا بِاللهِ

"Kami akan campakkan kepada hati-hati golongan yang kufur dengan rasa gerun kerana mereka mensyirikkan Allah"

(ali-'Imran: 151)

Umat yang ditertawakan

Nabi S.A.W turut mengingatkan bahawa umat Islam yang asalnya sangat digeruni oleh musuh, bakal dipermainkan dan menjadi korban ratahan musuh:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

"Akan berlaku kamu dikerumun oleh kelompok-kelompok manusia seperti makanan dikerumuni di bekasnya. Maka ada yang bertanya: Dan adakah ketika itu kami sedikit? Nabi menjawab: Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi kamu ibarat buih di lautan. Dan ketika itu Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu. Allah menimpakan ke atas hati kamu semua penyakit Wahn. Maka ada yang bertanya: Apakah itu Wahn? Nabi menjawab: Cintakan dunia takutkan mati"

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari Hadis ini, Nabi telah mengingatkan senario umat Islam yang hilang jati diri lalu menjadi mainan musuh. Itu semua merupakan akibat dari:

●     Tidak serius berpegang dengan Islam.

●     Cintakan dunia, takutkan mati syahid. Tamak, pentingkan diri sendiri dan penakut menguasai jiwa.

●     Dari penyakit itu, umat Islam sanggup memperdagangkan prinsip lalu mudah dibeli oleh musuh.

Utamakan maruah iman

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Ashabul Kahfi, mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan maruah iman mereka terpelihara. Dari perspektif material keduniaan, mereka kelihatan seperti 'loser'.

Namun hakikatnya Allah mentabalkan merekalah perw

sofiena, [13.08.18 08:56]
ira kebenaran. Dunia gerun dengan mereka sungguhpun ketika mereka tidur. Persoalannya, sanggupkah kita bersusah di dunia dan hilang segala kepentingan semata-mata kerana prinsip iman? Selagi Islam tidak diletakkan sebagai keutamaan hakiki, ramai bagaimana sekalipun dan gegak gempita slogan yang dilaungkan, tidak akan boleh menakutkan musuh. Mereka tahu, umat Islam boleh dibeli berdasarkan 'tag' harga masing-masing.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD

LGBT: Bermegah dengan mungkar undang bala



LGBT adalah kemungkaran yang wajib ditegah dan penyakit yang wajib dicegah sama ada oleh pihak kerajaan atau masyarakat. Suasana yang berlaku pada hari ini sudah melampau sehingga bermegah-megah dengannya. Perasaan malu sudah hilang.

 Golongan ini diangkat dan disanjung sama ada secara sedar atau tidak, maka mereka dengan megah mendabik dada kerana dibela oleh pihak-pihak di dalam dan luar negara kononnya di atas asas hak asasi manusia. Walhal apa yang mereka lakukan bercanggah dengan tabiat semula jadi manusia.

Tidak salah mendekati mereka dengan tujuan untuk menasihati dan membimbing bukan mendorong dan menyokong apatah lagi mengangkat golongan ini sebagai tokoh dan ikon.

Perlu diingat, di sana ada perbezaan antara melakukan kemungkaran dan bermegah-megah melakukan kemungkaran.

Bermegah-megah melakukan kemungkaran boleh mengundang bala daripada Allah. Kaum dan umat yang ditimpa bala oleh Allah di zaman dahulu adalah kerana mereka bermegah-megah melakukan kemungkaran. Kaum A'ad, Tsamud, penduduk Sadom dan lain-lain lagi dibinasakan oleh Allah apabila mereka menzahirkan kemungkaran dan bermegah-megah dengannya.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada bala-Nya. Sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa kami telah menyampaikan amaran ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi





Malu

Friday 10 August 2018

Sabda Nabi saw, "Malulah kamu sekalian di hadapan Allah dengan malu yang sebenar-benarnya. Mereka berkata, tapi kami sudah merasa malu wahai nabiyullah, dan segala puji bagi Allah. Baginda bersabda, itu bukanlah malu yang sebenarnya. Oang yang ingin malu yang sebenar-benarnya di hadapan Allah swt, hendaklah menjaga fikiran dan bisikan hatinya, hendaklah menjaga perutnya dan apa yang dimakannya, hendaklah mengingati mati dan fitnah kubur. Orang yang menghendaki akhirat hendaklah meninggalkan perhiasan-perhiasan kehidupan duniawi. Orang yang melakukan semua ini, bererti ia memiliki rasa malu yang sebenarnya di hadapan Allah." [Riwayat Tarmidzi dan Hakim]

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR MENURUT PENGALAMAN ULAMA' SILAM


PENERBITAN AL-BAKABI.:

📃MS 11-12/22
🖋Suntingan Reen Ibrahim

🍃Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan.

ُسُبْحَانَ مَنْ لَّا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ. اَللَّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ. اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ فِيْ يَوْمٍ لَا رَيْبِ فِيْهِ ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِيْ.

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa apa yang ku lupa. Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Yang Menghimpunkan semua manusia pada satu hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah bagiku barang kehilanganku.”

🍃-Salawat ke atas Nabi s.a.w. juga dapat membantu tatkala lupa dan baca doa ini ketika terlupa.

🍃Doa memohon kejayaan cemerlang.

آللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضآءِ وَمَنَازِلَ الشُّهَدَآءِ وَعَيْشَ السُّعَدَآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الْأَعْدَآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada', dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

🍃Doa ketika menerima kertas soalan.

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ، وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ ، وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِيْ، يَفْقَهُوا قَوْلِيْ ،بِسْمِ اللّٰهِ الْفَتَّاحِ، اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلً، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

“Wahai Rabb ku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku. Dengan nama Allah Yang Maha Pembuka; Ya Allah tidaklah kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkannya , dan Engkau jadikan gersang itu-apabila Engkau kehendaki -ia menjadi mudah, wahai Rabb Yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin