Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mulakan Dengan

Mutiara Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Maksud Hadis

Maksud Hadis

Al-KAFI #664: Gambar Suami Isteri Bercumbu Di Media Sosial

Sunday 29 October 2017



Soalan: Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?

Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.Jawapan:
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.”
(Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini. Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Kami tutup dengan sebuah sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Pautan ke laman web PMWP: https://goo.gl/WMAvwz

ISLAMOFOBIA



Islam dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan sebagainya. Dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat. Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan Dolar atau Euro.
Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga.
Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.
Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar. Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.
Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan.
Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenarai hitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus. Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.
Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam.
Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka. Kalau terdedah, beritanya diletakkan dibawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain.
Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel. Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.
Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah pula disenaraikan sebagai pengganas.
Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan. Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar.
Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya. Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.
Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah.
Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.
Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah.
Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.
Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.
Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya.
Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.
Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya.
Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:

۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)
Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفُِٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 😎
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Adab Berinteraksi Dengan Bala Allah

Tuesday 24 October 2017



Allah menurunkan bala bencana sebagai mesej yang serius dariNya. Ia bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.
⚫ Kelebihan Umat Muhammad.
سألت ربي أن لا يهلكنا بما أهلك به الأمم فأعطانيهاNabi telah memohon kepada Allah:
“Aku telah memohon kepada Tuhanku, agar kita tidak dihancurkan seperti apa yang telah berlaku ke atas umat terdahulu. Maka Dia menerima permintaanku” – hr Tirmizi.
Baginda meminta agar Allah tidak memupuskan umatnya sekaligus seperti pupusnya umat terdahulu. Sebagai rahmat, Allah memberi peluang yang luas untuk umat Muhammad agar tidak berhenti bertaubat. Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita terlindung dari bala bencana. Ia tetap datang menimpa.
⚫ Fungsi Bala.
Allah mencipta bala sebagai peringatan bagi golongan yang beriman dan balasan buruk ke atas golongan yang ingkar. Ia berfungsi menyentap kelalaian manusia.

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ • أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

“Maka apakah penduduk kampung itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan kami, sedangkan mereka sedang tidur. Atau apakah penduduk kampung itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan pada waktu pagi, sedangkan mereka sedang lala bermain” – al-A’raf 97-98.
⚫ Muhasabah.
Sewajarnya apabila datangnya bala, orang-orang yang beriman pasti terduduk. Merasa gerun lantas terus meneliti kembali apakah dosa yang telah dilakukan oleh mereka hingga Allah menurukan bala.
Hanya taubat yang layak dijadikan sebagai reaksi langsung dari bala yang menimpa. Allah menyatakan beberapa punca yang menjadi faktor turunnya bala:
• Enggan beriman:

وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Tetapi mereka mendustakan ajaran Allah, maka kami timpakan ke atas mereka seksaan, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan” – al-A’raf 96.
• Dosa yang menjahanamkan dunia:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Munculnya kerosakan di daratan dan di lautan, kesan dari apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia” – al-Rum 41.
Rumusan dari dua ayat ini, bala datang sebagai balasan apabila Islam tidak dihiraukan. Bersikap angkuh terhadap Allah dan hilang sifat bertanggungjawab untuk mengurus dunia dengan panduan Allah, lantas muncullah pelbagai kerosakan.
⚫ Sindrom Penafian.
Perkara yang perlu dielakkan adalah, jangan sama sekali menafikan bala sebagai bala. Berasa lega, kononnya ia hanyalah bencana alam yang tiada kaitan dengan kemurkaan Allah.
Jika ini berlaku, maka kita gagal berinteraksi dengan bala. Sepatutnya terus insaf bertaubat, tetapi malangnya tetap selesa dengan keadaan sedia ada yang serba lalai. Allah mengingatkan golongan yang tidak sedar diri, tidak beringat dengan bala adalah orang-orang yang rugi.

فَلا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْخَاسِرُون

“Maka tiada siapa yang merasa aman dengan balasan azab Allah, melainkan mereka adalah golongan yang rugi” – al-A’raf 99.
⚫ Bukan Bahan Ejekan.
Kita tidak sewajarnya menjadikan bala bencana sebagai bahan ejekan, meskipun ia menimpa ke atas musuh. Bala bukan perkara yang boleh dibuat sendaan main-main.
Kita perlu mengambil pengajaran ketika berlakunya banjir di Kelantan 2014, pelbagai tohmahan bernada angkuh dikeluarkan oleh Lim Guan Eng untuk menyah-kreditkan kerajaan Kelantan. Perlakuan tersebut amat tidak wajar dalam keadaan ketika itu suasana sedih, tergamam dan insaf.
Kini giliran Pulau Pinang ditimpa bala. Jika Lim Guan Eng mengejek banjir di Kelantan dahulu, padanlah memandangkan dia seorang kafir. Barangkali tidak faham sifat musibah, ujian bala bencana itu bagaimana. Namun apakah tergamak kita meniru sikapnya sedangkan kita sedar bala itu adalah bala. Bukan bahan ‘troll’.
Yang lebih menakutkan, wujud cara berfikir jika bala menimpa ke atas diri sendiri maka ia hanyalah fenomena alam. Sebaliknya jika bala menimpa ke atas musuh, maka barulah ia dianggap bala.
Kepercayaan bebal sedemikian menyebabkan kita merasa kebal dari sebarang muhasabah. Inilah mentaliti yang mendorong sikap golongan yang kufur untuk terus kufur. Sedangkan orang beriman tetap beringat dan berasa gerun dengan bala, tidak kira menimpa sesiapa pun.
⚫ Islam Mesti Dominan.
Sedarlah, kita terlalu lalai dalam kehidupan. Terlalu banyak kesalahan yang telah kita lakukan tanpa sedar. Menyebabkan Allah timpakan bala. Beruntunglah mereka yang beringat. Celakalah mereka yang terus lalai terus menafikan peringatan Allah.
Apa pun, kita perlu berusaha agar golongan yang sihat iman mereka untuk mendominasi masyarakat. Jika pendukung kebatilan dominan, sementara pendukung iman berpeluk tubuh, berwaspadalah dengan peringatan Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan takutlah terhadap ujian yang tidak menimpa ke atas golongan yang zalim di kalangan kamu secara spesifik. Dan ketahuilah, Allah Maha Dahsyat balasanNya” – al-Anfal 25.
Apabila manusia gagal bertugas sebagai khalifah, iaitu tidak bertanggungjawab menegakkan Islam dan mengurus dunia dengan Islam, maka Allah turunkan bala sebagai amaran.
Abdul Mu’izz Muhammad

Mitos Prometheus, Inspirasi Bagi Golongan Liberalis

Thursday 19 October 2017


Terdapat kisah mitos lagenda Yunani, yang menggambarkan bahawa konflik antara makhluk dan Tuhan sememangnya wajar. Tuhan digambarkan sebagai pembuli, manakala manusia pula adalah mangsa buli yang perlu memberontak bagi mendapatkan hak mereka.
⚫ Konflik Antara Tuhan & Manusia.

Lantas Prometheus muncul sebagai hero mengajarkan manusia tentang survival hidup. Bahkan, Prometheus sanggup mencuri cahaya syurga dari Zeus untuk menerangi kebodohan manusia. Cahaya adalah simbolik kepada ilmu.Mitos perkelahian antara Dewa Zeus dan Prometheus berpunca dari penciptaan manusia yang dianggap tidak adil. Zeus sengaja mencipta manusia dengan sifat serba lemah dan bodoh.
Ekoran itu, Zeus merasa terancam berikutan manusia sudah terlalu pandai menyaingi dirinya selaku pencipta manusia. Maka Prometheus dihukum oleh Zeus atas kesalahan cuba membantu manusia dari terus menjadi mangsa diskriminasi Zeus.
⚫ ‘Tuhan’ Yang Berwatak Antagonis.
Mitos ini bukan dicipta untuk suka-suka. Sebaliknya ia direka untuk mendidik manusia agar sentiasa tidak puas hati dengan Tuhan. Ia adalah doktrin yang menuduh Tuhan sentiasa membuli, sementara manusia tidak cukup menjadi manusia selagi mereka tidak melawan Tuhan.
⚫ Manusia Wajar Melawan Pencipta Mereka.
Muhammad Qutb ketika mengupas akar fahaman jahiliyyah di dalam bukunya ‘Ru’yah Islamiyyah Li Ahwal al-‘Alam al-Mu’asir (Penelitian Senario Dunia Menurut Perspektif Islam), merumuskan:
“Mitos ini menggambarkan perasaan manusia yang seharusnya memberontak. Potensi diri manusia tidak akan berhasil melainkan mereka mesti membangkang Tuhan. Fahaman kononnya manusia wajar melawan Tuhan dan manusia tidak akan maju selagi tidak membangkang Tuhan, merupakan akar kepada kerosakan manusia zaman berzaman”
⚫ Iblis Liberalis Yang Pertama.
Jika kita merujuk al-Quran, Allah telah menceritakan babak awal penciptaan Adam dengan konflik yang tercetus dari Iblis. Penulis telah menerangkan plot ini dalam tulisan yang bertajuk ‘Iblis Liberalis Yang Pertama’.
Secara ringkasnya, Iblis cuba meliberalkan dirinya dari Allah. Bahkan Iblis cuba meletakkan syarat kepada Allah jika mahu keluarkan perintah, biarlah rasional. Jika tidak rasional, syariat itu tidak perlu diikuti.
Maka Liberalisme merupakan doktrin kekufuran paling awal yang diceritakan oleh al-Quran. Disebabkan ideologi tersebutlah, Iblis menjadi Iblis.
⚫ Liberalisme Barat.
Julian Huxly di dalam buku ‘Man In The Modern World’ (Manusia di Dalam Dunia Moden) mengatakan:
“Kisah Prometheus tetap hidup dalam jiwa orang-orang Eropah dan terus mempengaruhi perilaku manusia. Kononnya Eropah Moden adalah Sang Prometheus baharu yang membangkang autoriti Tuhan. Manusia dahulu tunduk kepada Tuhan, lantas mereka jadi lemah dan bodoh. Maka datanglah saat mereka mengambil alih autoriti dan keupayaan Tuhan, yang dahulunya mereka tidak mampu buat lantaran lemah dan bodohnya mereka. Sehingga manusia kemudiannya merasa layak, berdikari untuk menjadi Tuhan untuk diri mereka sendiri”
⚫ Menjawab Teka-teki.
Jika kita amati mitos Prometheus, sedikit sebanyak menjawab persoalan mengapa golongan liberal sentiasa membangkang aturan dan lunas agama. Asalkan datang dari Allah, pasti mereka bangkang penuh rakus.
Walaupun serba dongeng lagi mengarut, rupa-rupanya mereka sangat terkesan dengan mitos Prometheus vs Zeus. Namun hakikatnya, sikap mereka hanyalah evolusi dari fahaman yang dirintis oleh Iblis.
Abdul Mu’izz Muhammad
16 Oktober 2017.

Hidup Bertolarensi Atau Berdakwah Dengan Kaum Yang Berbeza

Wednesday 18 October 2017


Rasulullah diutuskan untuk berdakwah kepada masyarakat Arab Jahiliyyah beriman kepada Allah. Seruan dakwah ini telah menimbulkan kegemparan dalam kalangan mereka kerana dakwah baginda ini berbeza dengan gaya hidup, adat dan nilai yang dipegang oleh masyarakat arab Jahiliyah pada ketika itu. Mereka memarahi dan menentang kerana baginda membawa sesuatu yang bercanggah dengan gaya hidup mereka.
Rasulullah memang menjangkakan penentangan dari Kaum Musyrikin terhadap dakwah baginda. Ini telah disebutkan oleh Waraqah bin Naufal ketika baginda pulang dari Gua Hira’ selepas menerima wahyu yang pertama. Oleh sebab itu, baginda menyusun dakwah di peringkat awal dengan menubuhkan markaz pertama di rumah Darul al-Arqam al-Makhzumi. Baginda merahsiakan dakwah dan merahsiakan orang-orang yang memeluk Islam.
UTAMAKAN DAKWAH, DIIKUTI DENGAN TOLERANSI KERANA DALAM DAKWAH ADA TOLERANSIKalau baginda ingin hidup harmoni dengan orang Mushrikin, baginda berkompromi dan hanya meneruskan gaya hidup sebagaimana sebelum menerima wahyu. Tetapi, selepas baginda menerima wahyu dan ditugaskan untuk menyampaikan risalah Islam, baginda ditentang. Ini bermakna, dakwah akan menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat. Ya, ini merupakan suatu tuntutan biarpun menimbulkan kegelisahan. Oleh sebab itu, semua para rasul hidup mereka penuh dengan cabaran, tekanan dan tragis.
Allah berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya kami utuskan pada setiap umat itu seorang Rasul, mengajak beriman kepada Allah dan menghapuskan taghut. al-Nahl: 36
Dr. Muhamad Faisal

Kitab Hadis Online

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku (dosaku)

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi (ya Ilahi) muhasabah cintaku

Teknik Atasi Stress


1. Jumpa kaunselor sekolah

2. Alih pandangan kepada yang relaks(tengok ikan dalam akuarium)

3. Banyakkan berdoa

4. Laksanakan latihan fizikal-jalan 5 minit.

5. Menyusun keutamaan tugas.
6. Tulis perasaan/cakap dalam pita rakaman.

7. Dapatkan sokongan emosi dan orang lain.

8. Mandi dalam air suam.

9. Teknik besarkan situasi ke tahap tahap tak masuk akal.
10. Melihat dari segi positif.

11. Menguasai kehidupan anda-menyelesaikan masalah.
12. Tetapkan semua matlamat yang relistik.

13. Ingat peranan anda di dunia.
 

Anjung Ilmu

Jagalah Hati ...

Jagalah Hati ...
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalam Murabbi

Kalam Murabbi

Surah Sajadah

Surah Yaasin